Owner Of This Blog

My photo
Mersing, Johor, Malaysia
hidup nie trlalu singkat untuk dihitung...isilah masa muda kite dgn keindahan dunie yg sbnar brlandaskn islam...sntiasa pndg khadapn...krana smlm mrupakan prkara paling jaoh drpd kita dan xmungkin kta akan smpy pada waktu smlm wlupn dgn kecanggihan tknologi manusia....jd,hiasi diri dgn iman...lindungi hati dgn taqwa dan jagalah pkrtimu dgn mnjaga prbuatanmu....

Followers

Thursday, December 22, 2011

"DEMOKRASI" kah kita?.....PARODY itu apa????

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian.....
Hari ini aku bersyukur kepada Allah swt kerana diberikan nikmat untuk hidup di bumi Malaysia ini. Okay, first of all, semua orang tahu bahawasanya, Malaysia ini diiktiraf atau dilabelkan sebagai negara berdemokrasi. Apakah yang dimaksudkan dengan demokrasi?

DEMOKRASI
1. pemerintahan oleh rakyat atau wakil yg dipilih dlm pilihan raya; - berparlimen (perwakilan) pemerintahan demikrasi yg dijalankan secara perwakilan; 2. unit politik atau sosial yg pd dasarnya dikuasai oleh semua anggotanta; 3. keadaan sosial tanpa perbesaan keistimewaan kelas;
(KAMUS DEWAN EDISI KE-3)

PRINSIP DEMOKRASI
Demokrasi adalah saluran bagi warganegara yang berupaya dan yang mempunyai kebolehan sebagai pemimpin tampil ke hadapan menawar diri untuk berjasa kepada rakyat dan negara melalui proses politik. Pemimpin-pemimpin ini dipilih oleh rakyat melalui undi dan diberi mandat dan kuasa untuk mengurus hal ehwal masyarakat dan mentadbir negara dengan amanah, jujur, telus, penuh dedikasi dan adil. Masyarakat memberi mereka kuasa dan penghormatan yang tinggi atas jasa dan bakti mereka. Wakil-wakil rakyat ini menjadi ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri di Malaysia dan digelar “Yang Berhormat.”

OKAY, SEPATUTNYA DEMOKRASI BERMAKSUD SEPERTI DI ATAS NI.

Tetapi, aku tak nampak pun mana demokrasi nya dalam kerajaan hari ini semenjak tampuk pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Yang aku nampak, perebutan kuasa berdasarkan politik. Mana tujuan asal nya dalam membentuk sebuah negara Islam yang berdemokrasi? Okay, semua isu ni berbangkit atau dinaikkan oleh anak2 muda seperti aku, sejurus kejadian yang berlaku dalam minggu lepas. Kes Adam Adli. Siapakah Adam Adli? Adam Adli merupakan seorang mahasiswa seperti aku, yang memperjuangkan hak kebebasan akademik. Dia juga merupakan orang yang bertanggungjawab menurunkan bendera Datuk Seri Najib Tun Razak baru2 ini. 

INI VIDEO BELIAU DITEMUBUAL SELEPAS KEJADIAN TERSEBUT.


Okay, sekarang aku nak cerita pula mengenai barisan pemuda UMNO yang 'panas' atau marah terhadap tindakan Adam Adli yang turunkan bendera tu. Okay,aku rasa tak salah untuk marah, tetapi bukankah lebih elok dengan cara menegur atau menasihati? Bukankah kita dalam negara DEMOKRASI ????

INI PULA VIDEO PEMUDA UMNO YANG BERANG TERHADAP TINDAKAN ADAM ADLI

Apa yang dapat aku rumuskan disini, kedua-dua belah pihak ada kesilapan masing2...:
1. Adam Adli tak sepatutnya menurunkan bendera Perdana Menteri  untuk tujuan menuntut Hak Kebebasan Akademik. Banyak lagi cara dia boleh buat untuk menarik perhatian kerajaan.
2. Barisan Pemuda UMNO ni pun tak perlu cepat melatah aku rasa. Jangan tunjuk gangster kepada masyarakat.  Ramai orang akan salah anggap dengan tindakan korang tu. Ingatlah, kita ni sama MELAYU, sesama ISLAM. Perlukah kita bermusuh disebabkan politik??

PARODY
Seterusnya aku nak bincangkan tentang parody. Aku malas nak buat entri byk2,biar aku composekan dalam satu entri je senang. Sekarang aku nak cakap tentang parody, apa itu parody. Parody merupakan pembikinan semula, atau remake sesebuah video atau music, supaya ia kelihatan lebih lucu, menarik untuk ditonton oleh masyarakat. Dekat Malaysia,salah satu non-profit organization yang aku tau yang bikin parody video is KYO PROPAGANDA. Credit to Apis Hafidz kerana kenalkan aku kepada mereka ni. Idea kreatif dorang telah berjaya menerbitkan satu video yang berkait dengan video kat atas tu. Okay,lets watch it.


Aku respect diorang punya kerja dalam bikin video ni. Idea dorang terlalu menarik sampaikan barisan "PANGLIMA SEBENAR" terasa atau dalam kata mudah, BUTTHURT bila tengok video ni. Sekali lagi, diorang telah menuduh KYO PROPAGANDA berpihak kepada pihak pembangkang atau anti kerajaan. 


HAHAHA.... Aku agak terkejut kerana ada lagi segelintir masyarakat yang tidak celik ilmu, dan menerima kritikan orang lain. Kita berada dalam negara demokrasi (katanya), tapi kenapa perlu marah,atau terasa dengan video ni? Ini merupakan ideologi mereka. Cara mereka untuk berhibur. So, aku rasa xperlu kot nak BUTTHURT sangat.hahaha....Anyway, KYO PROPAGANDA, korang telah berjaya membuat satu kerja amal, ataupun TROLL yang paling epic skali di abad ini...HAHA........
This is the link for KYO PROPAGANDA channel .....

Sebelum aku nak tutup entri kali ini, aku nak berpesan kepada pembaca di luar sana, aku ni bukan anti-kerajaan ataupun anti-pembangkang. Aku tak berpihak dekat belah mana2.. And sekiranya ada orang yang terasa dengan entri aku kali ini, janganlah pulak korang tarik aku pergi Balai pulak..hahaha.... Setiap rakyat di Malaysia ada hak untuk bersuara (kalau maksud sebenar demokrasi lah). So, tak perlu korang nak terasa, tak perlu nak naik angin or whatever lah.... Aku bukan pengkhianat bangsa,Aku bukan pengkhianat negara, Aku hanya berpegang teguh pada agamaku, ISLAM... so, kepada pakcik2 di parlimen tu, fikir2 kanlah... APA MAKNA NEGARA DEMOKRASI DAN NEGARA ISLAM YANG SEBENAR.. Jangan hanyut dengan kekayaan dan kuasa di dunia ni....
Sekian....
Assalamualaikum wbt....