Owner Of This Blog

My photo
Mersing, Johor, Malaysia
hidup nie trlalu singkat untuk dihitung...isilah masa muda kite dgn keindahan dunie yg sbnar brlandaskn islam...sntiasa pndg khadapn...krana smlm mrupakan prkara paling jaoh drpd kita dan xmungkin kta akan smpy pada waktu smlm wlupn dgn kecanggihan tknologi manusia....jd,hiasi diri dgn iman...lindungi hati dgn taqwa dan jagalah pkrtimu dgn mnjaga prbuatanmu....

Followers

Thursday, December 22, 2011

"DEMOKRASI" kah kita?.....PARODY itu apa????

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian.....
Hari ini aku bersyukur kepada Allah swt kerana diberikan nikmat untuk hidup di bumi Malaysia ini. Okay, first of all, semua orang tahu bahawasanya, Malaysia ini diiktiraf atau dilabelkan sebagai negara berdemokrasi. Apakah yang dimaksudkan dengan demokrasi?

DEMOKRASI
1. pemerintahan oleh rakyat atau wakil yg dipilih dlm pilihan raya; - berparlimen (perwakilan) pemerintahan demikrasi yg dijalankan secara perwakilan; 2. unit politik atau sosial yg pd dasarnya dikuasai oleh semua anggotanta; 3. keadaan sosial tanpa perbesaan keistimewaan kelas;
(KAMUS DEWAN EDISI KE-3)

PRINSIP DEMOKRASI
Demokrasi adalah saluran bagi warganegara yang berupaya dan yang mempunyai kebolehan sebagai pemimpin tampil ke hadapan menawar diri untuk berjasa kepada rakyat dan negara melalui proses politik. Pemimpin-pemimpin ini dipilih oleh rakyat melalui undi dan diberi mandat dan kuasa untuk mengurus hal ehwal masyarakat dan mentadbir negara dengan amanah, jujur, telus, penuh dedikasi dan adil. Masyarakat memberi mereka kuasa dan penghormatan yang tinggi atas jasa dan bakti mereka. Wakil-wakil rakyat ini menjadi ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri di Malaysia dan digelar “Yang Berhormat.”

OKAY, SEPATUTNYA DEMOKRASI BERMAKSUD SEPERTI DI ATAS NI.

Tetapi, aku tak nampak pun mana demokrasi nya dalam kerajaan hari ini semenjak tampuk pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Yang aku nampak, perebutan kuasa berdasarkan politik. Mana tujuan asal nya dalam membentuk sebuah negara Islam yang berdemokrasi? Okay, semua isu ni berbangkit atau dinaikkan oleh anak2 muda seperti aku, sejurus kejadian yang berlaku dalam minggu lepas. Kes Adam Adli. Siapakah Adam Adli? Adam Adli merupakan seorang mahasiswa seperti aku, yang memperjuangkan hak kebebasan akademik. Dia juga merupakan orang yang bertanggungjawab menurunkan bendera Datuk Seri Najib Tun Razak baru2 ini. 

INI VIDEO BELIAU DITEMUBUAL SELEPAS KEJADIAN TERSEBUT.


Okay, sekarang aku nak cerita pula mengenai barisan pemuda UMNO yang 'panas' atau marah terhadap tindakan Adam Adli yang turunkan bendera tu. Okay,aku rasa tak salah untuk marah, tetapi bukankah lebih elok dengan cara menegur atau menasihati? Bukankah kita dalam negara DEMOKRASI ????

INI PULA VIDEO PEMUDA UMNO YANG BERANG TERHADAP TINDAKAN ADAM ADLI

Apa yang dapat aku rumuskan disini, kedua-dua belah pihak ada kesilapan masing2...:
1. Adam Adli tak sepatutnya menurunkan bendera Perdana Menteri  untuk tujuan menuntut Hak Kebebasan Akademik. Banyak lagi cara dia boleh buat untuk menarik perhatian kerajaan.
2. Barisan Pemuda UMNO ni pun tak perlu cepat melatah aku rasa. Jangan tunjuk gangster kepada masyarakat.  Ramai orang akan salah anggap dengan tindakan korang tu. Ingatlah, kita ni sama MELAYU, sesama ISLAM. Perlukah kita bermusuh disebabkan politik??

PARODY
Seterusnya aku nak bincangkan tentang parody. Aku malas nak buat entri byk2,biar aku composekan dalam satu entri je senang. Sekarang aku nak cakap tentang parody, apa itu parody. Parody merupakan pembikinan semula, atau remake sesebuah video atau music, supaya ia kelihatan lebih lucu, menarik untuk ditonton oleh masyarakat. Dekat Malaysia,salah satu non-profit organization yang aku tau yang bikin parody video is KYO PROPAGANDA. Credit to Apis Hafidz kerana kenalkan aku kepada mereka ni. Idea kreatif dorang telah berjaya menerbitkan satu video yang berkait dengan video kat atas tu. Okay,lets watch it.


Aku respect diorang punya kerja dalam bikin video ni. Idea dorang terlalu menarik sampaikan barisan "PANGLIMA SEBENAR" terasa atau dalam kata mudah, BUTTHURT bila tengok video ni. Sekali lagi, diorang telah menuduh KYO PROPAGANDA berpihak kepada pihak pembangkang atau anti kerajaan. 


HAHAHA.... Aku agak terkejut kerana ada lagi segelintir masyarakat yang tidak celik ilmu, dan menerima kritikan orang lain. Kita berada dalam negara demokrasi (katanya), tapi kenapa perlu marah,atau terasa dengan video ni? Ini merupakan ideologi mereka. Cara mereka untuk berhibur. So, aku rasa xperlu kot nak BUTTHURT sangat.hahaha....Anyway, KYO PROPAGANDA, korang telah berjaya membuat satu kerja amal, ataupun TROLL yang paling epic skali di abad ini...HAHA........
This is the link for KYO PROPAGANDA channel .....

Sebelum aku nak tutup entri kali ini, aku nak berpesan kepada pembaca di luar sana, aku ni bukan anti-kerajaan ataupun anti-pembangkang. Aku tak berpihak dekat belah mana2.. And sekiranya ada orang yang terasa dengan entri aku kali ini, janganlah pulak korang tarik aku pergi Balai pulak..hahaha.... Setiap rakyat di Malaysia ada hak untuk bersuara (kalau maksud sebenar demokrasi lah). So, tak perlu korang nak terasa, tak perlu nak naik angin or whatever lah.... Aku bukan pengkhianat bangsa,Aku bukan pengkhianat negara, Aku hanya berpegang teguh pada agamaku, ISLAM... so, kepada pakcik2 di parlimen tu, fikir2 kanlah... APA MAKNA NEGARA DEMOKRASI DAN NEGARA ISLAM YANG SEBENAR.. Jangan hanyut dengan kekayaan dan kuasa di dunia ni....
Sekian....
Assalamualaikum wbt....

Thursday, November 3, 2011

This is the End???

Assalamualaikum....

hari ni tamat sudah pembelajaran aku di KPMB untuk semester 3 ni.....insyaallah minggu depan aku akan menduduki Final Exam aku...semoga pointer aku akan lebih meningkat sem ni dari sem lepas,insyaallah...
tajuk entry aku,the END??adakah aku akan tamatkan pembelajaran aku di KPMB sekadar Foundation sahaja??ataupun aku teruskan dengan HND aku???tak tahu lagi....

khabar angin byk yg berkata kwn2 aku ramai nk lompat degree lepas FHND nie, aku pun tak tahu sama ada aku nk follow diorang atau tidak. roomate aku sendiri,Jimie nak lompat ke degree. aku tak boleh nak halang kehendak dia, cuma aku boleh ucapkan good luck for you bro lepas ni. apa2 keputusan yang kau buat,aku sokong kau. ermm,aku pulak?mcm mana? adakah aku nak ikut jejak langkah dia???org tua2 selau berpesan, kalau nak buat keputusan,jgn ikut org....yess!!thats right....tapi aku akan rasa kehilangan,kekurangan jika aku teruskan HND ni...

okay, kehidupan aku dekat KPMB memang tak menentu,24 hours busy memanjang, aku pn tak tau apa yang bz sgt smpai aku nak call mama aku pn tak sempat...zzzzzzz........hidup aku dekat sini pn tak menentu,pasal apa??? pasal kawan2, perasaan aku, masalah aku, dan macam2 lagi lah..!!kadang2 aku fikir nak lari je dari dunia yang penuh dengan propaganda nie. tapi, setiap manusia tak pernah lari dari masalah kan?

aku tetap dengan keputusan aku.apa2 yang aku lakukan lepas ni,aku harap kawan2 dapat support aku....itu je aku mintak....aku tak mcm orang lain,mak bapak orang senang,duit keluar masuk mcm air.aku ni anak orang susah.aku tak nak kecewakan parents aku yang dah byk perabis duit utk aku....aku tak nak kecewakan dorang lagi sepertimana telah aku lakukan sebelum ni dlm PMR n SPM.....aku nak buktikan dekat semua org yang pndang rendah dkt family aku,yang aku boleh berjaya jugak!!!

adakah ini penghujungnya???penghujung apa???
1. penghujung untuk PELAJARAN AKU DEKAT KPMB.
2. penghujung untuk PERASAAN AKU DEKAT DIA.
3. penhujung bagi PERSAHABATAN AKU DI SINI
4. penghujung bagi SEGALA2NYA????


kepada kau yang bernama M bukan nama sebenar,aku sayang sgt2 dekat kau....sebab apa aku syg kau??sebab kau syg aku,kau amek tau pasal aku,kau ada masa aku lemah,masa aku jatuh.....aku sayang kau sgt2.....

ok kwn2,doakan kejayaan aku untuk FINAL SEMESTER 3 ni okay..!!!!aku takkan lupakan korang.....aku syg korang...!!!!

Wednesday, November 2, 2011

Aku jujur..!!

Assalamualaikum...
ntah kenapa tiba2 hari ni aku tergerak nak update lagi blog aku...tajuk aku senang jer,aku jujur. jujur pasal apa? haa....ni aku nak cerita..aku jujur dengan perasaan aku..sebab apa?sebab sebelum ni aku anggap budak ni just sebagai kawan biasa je...tak pernah pun aku terpikir nak ada perasaan dekat dia..aku pun tak tahu kenapa boleh timbul perasaan mcm tu...kadang2 aku pun tak faham dengan perasaan aku sebenarnya. dulu mati2 aku cakap aku tak pernah ada perasaan dekat dia,tapi sekarang semua dah jadi lain......aku tak mintak pn nk ada perasaan mcm tu.maaf kan aku...

kepada dia yang aku tujukan (kalau kau bacalah) , aku nak mintak maaf byk2 sbb benda ni berlaku. aku takkan bagi tau kat kau apa yang aku rasa dekat kau. biar aku diamkan diri je buat sementara waktu ni. sebab sekarang walaupun kita rapat sebagai kawan, still lagi ada org yang cemburu dengan aku. aku pun tak faham. apatah lagi kalau kita ada declare apa2 nnt? lagilah orang2 yang berkenaan tu makin pandang serong dkat aku...

senang cerita,biar aku diamkan jelah benda ni sampai satu hari nanti pintu hati aku terbuka untuk bagitau dekat dia....aku tak nak persahabatan aku dengan dia rosak sebab benda mcm ni......=..=

p/s : kalau kau baca entry ni,aku harap kau faham...

Tuesday, November 1, 2011

Busy...Busy...Busy.....!

tajuk aku senang je,BUSY..!!!hahaha,sebab apa aku buat entry pasal ni?pasal,bulan ni aku busy nak mati......dengan assignment dtg bertimpa2...kerja tu,kerja ni....present sana,present sini.....test pagi petang....FINAL EXAM lagi!!!bila aku nak rehat ni????!!!$!#@

belum masuk lagi kerja2 persatuan kolej tuh.....tapi, oleh kerana aku ni still lagi bergelar pelajar,aku tak boleh nak lari dari semua tu....tak cukup dengan tu,aku terpaksa berdepan dengan orang2 yang pelik sekeliling aku,TIAP-TIAP HARI! semua benda,dia je betul.KEPALA HOTAK dia lah....!hahaha.....

sekarang waktu menunjukkan 4:03 a.m. dan aku still tak tido lagi.sebab apa??sebab petang tadi dah lama aku melantak tido tak sedar diri...hahaha...bertemankan Livita with Honey 250,tiba2 aku tergerak nak menulis dekat blog aku ni....

kejap lagi pukul 8 ada presentation ITE, dan pada masa yang sama,TEST AGAMA...!! apa ke gila lecturer aku ni???? ingat aku robot ke hape????robot pon boleh mampos kalau macam ni hari2...haha....sorry,bahasa aku kasar sikit dekat entry ni...eh, buat apa aku ckp sorry,entry aku,blog aku,suka hati akulah..!!hahahaha

Saturday, September 10, 2011

Rasa Marah....

Assalamualaikum smua....
Aku btol2 tak faham dengan kerenah kawan2 aku yang makin lama makin buat aku meluat....apa aku ni ada buat salah dengan kau ke? bila aku bagi pendapat,kalau kau tak nak terima terpulanglah....tapi aku ni juz skadar share opinion je....tak semua orang dalam dunia ni sama okay! kena faham konsep tu ye....so,lepas ni jgn nak tergedik2 dengan aku lah ae....mungkin sikap aku akan berubah terhadap kau,terhadap diorang semua....aku tak salahkan kau,mungkin ni silap aku jugak sebab terlalu pandai pilih kawan.aku tak nak ungkit benda2 yang aku buat untuk kau.sebab terlalu byk...kau je yang tak nampak benda alah tu.okay lah.rasa2 kalau kau tak nak dah nak communicate dengan aku,senang je aku ckp,"GO DIE LAH"...........senang je kan konsep dia?so,aku tak harap apa2 dari kau,just fkir benda yang kau buat tu,betul ke tak.....okay....senang cerita,kau berubah dengan aku,10x ganda aku berubah dengan kau....harap maaf k.....
Okaylah,cerita panjang lebar pun tak guna.kau bukan ada blog pon....tak bace pon smua ni..tp kalau kau baca,lagi bagus!!!hahaha...damn shit lah....
maaf ar bahasa aku kasar,tapi kau yang ajar aku berbicara macam ni my 'friend'...!sayang kau lah....hak tuiiihhh!!
haha.....ok,bye dan Assalamualaikum.....

Monday, August 15, 2011

Engkau Seorang Sahabat: Ahmad Najmi Nasruddin

Assalamualaikum w.b.t...

Ok,entry kali ni lain skit...bukan apa,aku ingin kenalkan sahabat2 aku kepada dunia...hehe...First,aku nk knal kn kt korang si Ahmad Najmi a.k.a Jimmie....budak yang duduk kat Presint 9,Putrajaya...seorang yang layak digelar sahabat sejati bagi aku...


This is Jimmie, my beloved brother and friend

Okay,if korang nak kenal dia dgn lebih lanjut lagi,this is his Fb link:
Click here.

Okay,apa yang aku nak ceritakan kat korang tentang mamat nie,dia seorang yang penuh dengan idea,seorang yang periang,xpernah lah aku nak tgk dia sedih....and,dia ni seorang yang aktif kat kolej aku...
Satu lagi yang korang tak tau pasal dia,dia pandai masak Char Kueh Teow..!!
Unbelievable right???hahaha.....

See?tgk cmna dia goreng Char Kueh Teow...Awesome maaa.......

Haaa...see? satu perkara yang paling aku respect kat dia ni,kalau dia nak sesuatu tu,dia akan buat.....xmcm org lain la....buat kerja separuh jalan....n kalau dia ni diberi tanggungjawab dia akan lakukan sehabis baik...tu yang amat2 aku respect kat dia....
Aku rasa sedih sangat bila satu hari tue,dia kena marah kaw2 punya dengan sorang lecturer nie....dlm hati aku,aku nk je sound balik lecturer tue...tp disbabkan ada lg nilai hormat dlm hati aku nie...aku juz diamkn diri smpai habis kelas tue...mmg mood aku lari gila time tue.....mcm mane org yang x brsalah mcm Jimmie, kna halau??WT*.....!!(sorry,ter'emo'..hehehe)

Lastly,sbelum aku tutup post aku nie...nak promote skit bakal mpp nie..hahahaha....good luck bro..!aku sokong ko walau dalam apa keadaan sekalipun....okay bro...aku dah post pasal diri kau....hehehehe..
sayang ko bro..!!
*Click here to see his blog..!follow okay...!

Wassalam...>_<

Sunday, August 14, 2011

Sahabat...engkau permata

Assalamualaikum w.b.t...

Entry kali ni aku nak berkongsi tentang sahabat...apa tu sahabat?same ke kawan?ataupun teman?okay.....dalam dunia ni Allah ciptakan jutaan manusia.....(nk dikira2,memang ramai..!)...sebab apa?sebab Allah Maha Mengetahui...Dia ciptakan manusia tu ramai supaya kita tak sunyi hidup kat bumi ni.....bayangkan sekiranya kita sorang je makhluk yang bergelar manusia,tinggal kat bumi ni....apa perasaan korang?haaaa.....mesti sunyi kn?

Okay,sebenarnya aku nak ceritakan tentang pengalaman aku tentang rakan2,sahabat2 dan teman2 yang aku jumpa sepanjang hidup aku di dunia ini....memang ramai n pelbagai ragam manusia aku jumpa....n semuanya mengajar aku tentang kehidupan...bermula dari aku masuk tadika sampailah ke kolej ni....

Aku rasa bersyukur sgt sebab dikurniakan sahabat mcm mereka ni....bila masuk alam kolej,aku jumpa dengan kawan2 n sahabat2 yang lebih matang.....yang lebih mengajar aku tentang hidup,tentang kasih sayang,nilai kekeluargaan....aku sayang kn korang....walaupun kadang2 ada juga yang terasa hati dengan korang...tp aku x berkira langsung....sebab aku sayangkan korang....xda dah org yang leh gantikan tempat korang smua.....

Aku nak minta maaf seandainya sepanjang aku kenal korang,aku ada buat salah,tarik muka,or whatever lah....sbb aku tau,aku x sempurna.semua manusia x sempurna....aku akan cuba baiki diri aku ni...tp aku perlukan sokongan dari korang....n,ingat lah...aku selalu ada di sisi korang di masa korang susah or senang....susah sama2,senang sama2 kn?

kepada orang2 yang berikut:

Syukri Shamsuddin
Dzul Faqaar a.k.a Jawer
Zulkifly
Azrul Faizul
and semua kawan2 sekolah aku,thanx sebab sudi menjadi rakan aku,teman seperjuangan aku....

to:

Shazlan
D.M
Panjang
Roy
Azri
Mie
Syuk
Ajim
Shahrul
Taufiq
Fakhrin
Apis
Anip
Iman
Nabil
Ashraff
Nordin
n others OC members....thnx for all of the experience....setiap kenangan kita bersama,aku takkan lupakan....

to my roomate:
Acap a.k.a Ash
Bujoe
Adib a.k.a Kacak

thnx korang sebab setia melayan karenah aku semester ni.....aku syg korang....!

juga x lupa kepada orang2 berikut:

Apis,Cupit,Aid,Faiz Mukhtar,Faiz Azra,Soleh, Awer,Luqman ,Peyut,Izatt ,Moon,Fatt,Sarah, Qila,Amin,Ibu,Izwani,Hazel,Bella,Ilyana....
n semua family2 PEERS,FHND JUL-DIS 2010, serta semua yang sedang,pernah n akan mengenali diri ini....thanx sebab accepted me in your life....

Aku sayang korang sampai bila2....sampai hujung nyawa aku....


The Friendship never die.....


Our family never fallin' apart....

Ini sahaja luahan hati aku untuk entry kali ni.....selamat membaca..
Wassalam....>_<